BDEHIKMNPQRSTUWMitologi Mesir ialah koleksi
mitos Mesir purba yang menceritakan perbuatan
dewa-dewa Mesir sebagai cara untuk memahami dunia. Kepercayaan yang diperagakan oleh mitos-mitos ini penting dalam
agama Mesir purba. Mitos kerap muncul dalam
sastera dan
seni Mesir, terutamanya dalam cerpen dan bahan keagamaan seperti
gita puja, teks keupacaraan,
teks pengebumian dan hiasan kuil. Sumber-sumber ini jarang sekali mengandungi kisah mitos yang lengkap dan selalunya menceritakan sedutan sahaja.Diilhamkan kitaran alam semula jadi, orang Mesir menganggap
masa kini sebagai corak-corak yang berulang, manakala zaman terawal masa hanya berlaku sekali. Mitos Mesir bertempat pada zaman terawal ini, dan mitos menetapkan corak untuk kitaran masa kini. Peristiwa masa kini mengulangi peristiwa mitos, dan dengan berbuat demikian memperbaharui
maat, aturan asas alam semesta. Antara kisah yang paling penting dari masa lalu ialah
mitos penciptaan, apabila para dewa membentuk alam semesta daripada huru-hara purba; kisah-kisah pemerintahan dewa matahari
Ra di bumi; dan
mitos Osiris, mengenai perjuangan dewa
Osiris,
Isis dan
Horus melawan dewa kekacauan
Set. Peristiwa masa kini yang mungkin dianggap sebagai mitos termasuk perjalanan harian Ra merentas dunia dan alam ghaib,
Duat. Antara tema yang berulang dalam mitos termasuk konflik antara penegak maat dan kuasa kekacauan, kepentingan
firaun dalam mengekalkan maat, dan kematian dan kebangkitan para dewa yang tidak akan berakhir.Maklumat peristiwa-peristiwa suci ini amat berbeza daripada satu teks ke teks yang lain dan sering kelihatan bercanggah. Sebahagian besar mitos Mesir ialah metafora, menterjemah intipati dan tingkah laku dewa ke dalam bahasa yang boleh difahami manusia. Setiap varian mitos mewakili sudut pandangan simbolik yang berbeza, memperkayakan pemahaman orang Mesir tentang para dewa dan dunia.Mitologi banyak mempengaruhi budaya Mesir. Ia telah mengilhamkan atau mempengaruhi banyak upacara keagamaan dan memberikan asas ideologi untuk pemerintahan beraja. Adegan dan simbol daripada mitos muncul dalam lukisan makam, kuil dan
azimat. Dalam kesusasteraan, mitos atau unsur-unsurnya digunakan dalam cerita yang terdiri daripada jenaka kepada kiasan, menunjukkan bahawa orang Mesir menyesuaikan mitologi untuk pelbagai tujuan.